Monday, December 12, 2016

ArduAsia - TT besar besaran di Menara Alor Setar

Assalamualaikum wbt.

MenaraAlorSetardigegarkandengankehadiranlebihdaripada 30gxtrucksemalam.


















Sunday, November 20, 2016

ArduAsia - GX Truck full modify

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah Arduasia kini sudah menjangkau 4 bulan selepas berjaya dibuka pada bulan 7 pada tahun ini, iaitu tahun 2016, maka kini sudah bulan 11, kita sudah mencapai hampir kepada 100 unit barangan RC yang kita berjaya edarkan dengan berjayanya di seluruh Malaysia. Dari Perlis sampai ke Johor, dan juga jenama ArduAsia telah sampai ke Sarawak, bumi kenyalang. Terima kasih kepada semua pelanggan yang telah pm dan berurusan kami. Walaupun belum setahun jagung lagi, tetapi kami berharap dan mempunyai visi untuk menjadi main player di Malaysia dan Asia seperti jenama jenama pengedar yang lain. Dan menjadi sebuah syarikat yang boleh mewarnai arena RC di Asia.

Hari ini kita tengok bagaimana GX Truck yang mempunyai Scale Scania diupgrade kepada lebih laju, lebih scale dan lebih lagi daripada standard GX. Kalau korang tak suka nak tengok pasal lori, korang boleh baca blogpost kami yang seterusnya. hihihi..

Antara upgrade yang telah dijalankan yan tidak nampak adalah upgrade kepada ESC brush dan servo 9g tower pro..

Selain tu mesti pakai remote 2.4g lain seperti flysky gt yang paling murah sekali, rm100 lebih, 

Lepas tu? Kalau nak buat sendiri lai mencabar. Boleh berangan jadi engineer sekejap. Lepas tu kalau sibuk sangat dengan kerja, hubungi kami, kami boleh carikan pomen untuk korang. OK, jom layan gambar gambar berikut


Dan apabila kita tengok pada gambar di atas, terdapat perbezaan lampu di bahagian belakang untuk truck bewarna merah. Nampak tak ada lampu merah dan lampu reverse tu. Ianya juga ada lampu signal tetapi tak nampak sangat di ambar ini kerana kita tak pulas stereng truck. 

Untuk lampu ni ArduAsia menggunakan Tamiya Hopup option 12 LED simulation. Boleh rujuk di sini.



View dari belakang menunjukkan keegoan sebuah truck gx yang mempunyai lampu untuk memudahkan pemandu di belakang untuk melihat truck di hadapan.


Lampu hadapan untuk Truck menggunakan Tamiya Hopup 12 Led Simulation menjadikan Truck lebih scale pada waktu malam. Ye la, takkan la korang nak kasi truck koran bergelap malam malam kan.

Ok, yang ni pulak kita mmg tak upgrade apa. SIap ada stereng dan meter panel untuk pemandu. Punya la scale kan jadi kita pun tak tahu mana satu betul ataupun truck scale. Sampai kan stereng pun boleh copy sebiji. Cantik kan!
Yang ni adalah bahagian untuk tarik kontena. Kalau ada kontena, kalau takda tu kena upgrade, so korang boleh cucuk. Apa yang korang dapat adalah scale kontena 40 kaki yang mana di bahagian belakang mempunya pengunci untuk pintu kontena.


No plate ni bukan di Malaysia atau di Thailand tapi kalau korang nak pakai pun boleh, pastikan p dagtar dulu dengan JPJ atau pun korang punya Pejabat Pengangkutan Jalan. Apa depa panggil di thailand?


Sport tim paling scale sepanjang berkecimpung dengan dunia rc ni. walaupun dibuat dengan menggunakan plastik tetapi scale dia real. Untuk pengetahuan semua, ini adalah rim bahaian belakang yang mana ianya beza dengan rim depan. Jom tengok rim depan kat bawah.


Ha..yang ni la rim depan. korang jangan tertipu pulak, inilah rim dari truck gx yang semakin popular dibeli oleh peminat peminat scania yang mempunya bajet terhad. Kenapa terhad? Kalau ada duit, boleh beli tamiya scale 114!


Pandangan isometrik untuk GX Truck yang mana nampak lebig arang di view yang ini.






View isometrik untuk kedua dua truck yang telah diupgrade.





Thursday, November 3, 2016

Dzking gxtruck - Kreatif, inovatif dan ketekunan

Kreatif, inovatif dan ketekunan

Kalau kreatif boleh buat macam macam, kalau inovatif boleh buat lebih dari orang lain dan kalau tekun boleh capai apa yang lebih dan terbaik. Scale 1/18 gx truck berubah rupa kepada scale scania.

Kredit kepada Group GX Truck Malaysia.





Friday, October 28, 2016

Arduasia - diskaun rm3 sempena birthday


Assalamualaikum,

Tak pernah dibuat di kedai mana mana pun, birthday owner pastu buat diskaun, tapi sbb facebook kita takda notification bitrthday, kita buat untuk customer diskaun sempena birthday owner. Rm3 tak la banyak mana tapi kalau harga barang adalah rm 10 macam servo mini, korang mesti akan dapat rm7 kan. Kalau bayar poslaju pun, dah jimat rm3 sebab total selepas poslaju naik harga adalah rm8 mulai minggu lepas. So, boleh take note dalam calender masing masing 24 oktober setiap tahun akan ada rm3 diskaun tau..tau..tau...

Jangan lupa set tau..tau..tau...24 okt...arduasia...arduasia...24 okt...diskaun...

Thursday, October 27, 2016

Servo 9g Tower Pro

Servo 9g tower pro

Assalamualaikum. Servo 9g tower pro ni memang popular. Sebab murah dan dipercayai walaupun untuk digunakan kepada rc plane yang menggunakan wingspan tidak lebih 2 meter dan menggunakan foam dan depron. Bukan takat tu je, servo ni juga dipakai di truck rc untuk gantikan motor standard yang kontrol steering tayar. Ya betul, mmg banyak digunakan juga untuk rc car. Dengan harga dia murah ni, ramai rc player beli dari kami selalunya 4 - 6 biji untuk set sebuah kapal terbang atau 6 buah truck dan lori.


Kenapa ada 3 wayar? Ini kerana yang warna hitam tu untuk ground, warna merah untuk 5 volt dan oren untuk signal. 


Ada 3 arm untuk dipasang di bahagian atas. Bukan tu je, screw untuk ketatkan servo arm ni kepada servo tu untuk memastikan servo arm tak tercabut.

Patutlah ramai rc flyer pakai ni. Selamat dan meyakinkan.

Arduasia.

ArduAsia ke Hong Kong




Assalamualaikum

Sponsor dari ARDUASIA untuk pertandingan crawler scale di Hong Kong pada november ini. Tunggu video official dari sana yang akan diupload ke youtube. Yei! ArduAsia ke luar negara.

Wassalam