Friday, October 28, 2016

Arduasia - diskaun rm3 sempena birthday


Assalamualaikum,

Tak pernah dibuat di kedai mana mana pun, birthday owner pastu buat diskaun, tapi sbb facebook kita takda notification bitrthday, kita buat untuk customer diskaun sempena birthday owner. Rm3 tak la banyak mana tapi kalau harga barang adalah rm 10 macam servo mini, korang mesti akan dapat rm7 kan. Kalau bayar poslaju pun, dah jimat rm3 sebab total selepas poslaju naik harga adalah rm8 mulai minggu lepas. So, boleh take note dalam calender masing masing 24 oktober setiap tahun akan ada rm3 diskaun tau..tau..tau...

Jangan lupa set tau..tau..tau...24 okt...arduasia...arduasia...24 okt...diskaun...

Thursday, October 27, 2016

Servo 9g Tower Pro

Servo 9g tower pro

Assalamualaikum. Servo 9g tower pro ni memang popular. Sebab murah dan dipercayai walaupun untuk digunakan kepada rc plane yang menggunakan wingspan tidak lebih 2 meter dan menggunakan foam dan depron. Bukan takat tu je, servo ni juga dipakai di truck rc untuk gantikan motor standard yang kontrol steering tayar. Ya betul, mmg banyak digunakan juga untuk rc car. Dengan harga dia murah ni, ramai rc player beli dari kami selalunya 4 - 6 biji untuk set sebuah kapal terbang atau 6 buah truck dan lori.


Kenapa ada 3 wayar? Ini kerana yang warna hitam tu untuk ground, warna merah untuk 5 volt dan oren untuk signal. 


Ada 3 arm untuk dipasang di bahagian atas. Bukan tu je, screw untuk ketatkan servo arm ni kepada servo tu untuk memastikan servo arm tak tercabut.

Patutlah ramai rc flyer pakai ni. Selamat dan meyakinkan.

Arduasia.

ArduAsia ke Hong Kong




Assalamualaikum

Sponsor dari ARDUASIA untuk pertandingan crawler scale di Hong Kong pada november ini. Tunggu video official dari sana yang akan diupload ke youtube. Yei! ArduAsia ke luar negara.

Wassalam