Lipo Buzzer

Lipo Buzzer

Kenapa Lipo Buzzer? Bukan Nicd Buzzer?
Ini kerana kalau korang pakai Lipo, korang tak boleh pakai bateri Lipo tu sampai habis voltan.
Kalau habis voltan, apa jadi? Bateri korang boleh mengembung menandakan sel rosak.
Bila dah rosak, apa kisah, boleh pakai je kan. Tapi sangat bahaya.

Bateri Lipo yang sudah kembung akan boleh meletup jika perkara berikut masih lagi diteruskan:

a) Cas bateri tersebut walaupun dah mengembung. Mula mula akan bunyi plastik koyak, sebab ianya akan mengembung. Kalau korang tak stop kan  charging tu atau cabut, sell akan bocor secara fizikalnya dan boleh menyembur api. Paling teruk pun boleh meletup dan api dia bukan api kecik tau. Boleh bakar bilik korang. Sebab tu kalau charging lipo, sebaiknya pakai Lipo Bag.

b) Lagi satu kalau korang masih lagi pakai di rc. apa jadi? selalunya akan terbakar dalam rc, kemudian akan membakar semua rc korang kalau korang tak keluarkan segera. Beranikan diri untuk keluarkan dari rc ya.

jadinya, kalau pakai lipo buzzer ni, kita boleh set nilai voltan berapa ianya akan bunyi. Selalunya nilai voltan minimum adalah 3.3 volt. Tapi seeloknya 3.7 volt adalah sangat sesuai untuk set di lipo buzzer untuk berhentikan rc anda. Dan boleh tukar bateri lain.



Dan selain dari itu, boleh juga sebagai lipo checker. Korang pernah tak merasa, bawak bateri lipo, tapi ada yang bateri lipo tak cas. Datang nak run rc, tapi bateri out. So, kalau korang ada lipo checker ni, korang boleh check lipo korang tu sebelum korang pi bertelaah bersama kawan kawan rc yang lain. Tak la datang bawa bateri kosong.


Berapa sel boleh?
Ya, yang paling best adalah, lipo checker ni boleh check 1 - 8 sel bateri lipo. Cucuk ja balance charging cable kepada lipo checker ini, dan ianya akan check nilai voltan setiap bateri dan keseluruhan nilai bateri.


Dual buzzer (dua buzzer) di bahagian atas membolehkan bunyi yang kuat kedengaran kepada kita untuk memberitahu nilai voltan yang sudah di set sudah dicapai.

apalagi?
Belilah pada rakan rakan rc yang menjualnya ataupun beli terus daripada kami di arduasia.blogspot.com.



No comments:

Post a Comment