Wednesday, January 4, 2017

Sambungan Asas untuk RC di darat yang menggunakan remote pistol seperti flysky.

Gambarajah 1: Sambungan asas

Assalamualaikum wbt.

Atas permintaan ramai, dan menyumbangkan ilmu kepada penggemar rc di Malaysia, di sini saya tunjukkan gambarajah untuk sambungan rc secara asas.

Bermula dengan ESC. ESC ni sama seperti karburetor untuk enjin cumanya ianya adalah untuk enjin elektrik. Kenapa saya bagitau sama? ini kerana kalau karburetor, ia menentukan campuran udara dan petrol/nitro bersama input dari throttle pengguna untuk menentukan kelajuan dan bahan bakar. Bapak bapak kita dulu kan ada motor, tuan tuan mesti pernah tengok karburetor dia kan. Makanya, ESC atau disebut sebagai ELECTRONIC SPEED CONTROLLER juga berperanan begitu. Mengawal arus elektrik dari bateri bersama input dari throttle pengguna untuk menentukan kelajuan motor.

Gambarajah 2: Anak panah menunjukkan komponen esc


ESC ni ada dua wayar yang perlu kita ambil tahu. Yang paling penting adalah wayar ke bateri. Tengok gambarajah 4 di bawah, Wayar hitam dari esc mesti sambung dengan wayar hitam dari bateri. Manakala wayar merah dari esc MESTI sambung dengan wayar merah dari bateri. Mesti, mesti, mesti, triple check untuk buat sambungan ni,. Kalau korang silap sambung, boleh hangus ESC tu nanti. Itu sebab kalau pakai sambungan dari bateri dari kedai ke, atau buat sendiri, korang kena check betul betul. Hitam dengan hitam, merah dengan merah.

Gambarajah 3: Electronic Speed Controller (ESC)


Gambarajah 4: Sambungan esc kepada bateri


Lepas tu, wayar seterusnya adalah wayar ke motor. (Gambarajah 5 di bawah). Yang ni takpa, kalau silap sambung, ianya tak da apa apa. Cuma kalau kita tekan throttle, rc kita tu ke belakang (yang sepatutnya ke depan) dan sama juga kalau tolak throttle, rc kita tu ke depan (yang sepatutnya ke belakang), korang kena tukar wayar. Cth tadi hitam dengan hitam, merah dengan merah, sekarang korang buat hitam dengan merah. Try tarik throttle dan pastikan korang dapat arah yang betul.

Gambarajah 5: Sambungan dari ESC kepada Motor


Ok lepas tu tengok ye ada suis on/off, tengok gambarajah seterusnya. Yang ni untuk on off power kepada ESC dari bateri ke rc tuan tuan. Buat masa ni off dulu.

Gambrajah 6: Suis On/Off di ESC


Sekarang cuba tengok 3 wayar yang bersambung tu. (Gambarajah 7) di bawah.

Gambarajah 7: Sambungan wayar kepada Receiver

Selalunya putih, merah, hitam. Putih tu untuk wayar signal, merah tu untuk wayar 5 volt manakala hitam untuk ground. Sekarang sambungan ini akan ke kotak Rx (receiver) di channel 2. Kalau korang pakai FSGT3B atau kebanyakan flysky brand, memang kene cucuk pada channel 2. Channel tu apa?

Tuan tuan ada radio? channel era, hot fm, semua ni ada channel channel dia kan. Sama la juga dengan remote. Jadinya sekarang tuan tuan pasang pada channel 2. Channel 2 adalah untuk throttle.

Gambarajah 8: Channel 2 iaitu channel throttle


Dan kalau tuan tuan pakai esc yang kami jual, iaitu ESC RM50, ada dua jumper kat situ yang tuan tuan kena pastikan, misalan kalau pakai lipo, tuan tuan kena letak dua jumper tu ke sebelah kiri. Tapi kalau pakai bateri selain lipo, tuan tuan kena letak jumper bahagian depan ke sebelah kanan. Yang ni tuan tuan baca dalam page esc dalam arduasia ni.

Sekarang servo pulak. Servo ni pun ada sambungan 3 wayar juga. sama mcm tadi, wayar kuning, merah, dan hitam. Buat sambungan yang betul macam di atas ni. Cucuk pelan pelan, tuan tuan jangan gopoh. Kita tau tuan tuan tak sabar nak kasi dia bergerak kan, tapi cucuk pelan pelan..sabar..takut nnt besi di rx di tengah tu bengkok.
Gambarajah 9: Sambungan Servo kepada Receiver
Gambarajah 10: Servo Tower Pro Gear Besi

Gambarajah 11: Servo Tower Pro 9g plastic

Apakah cara yang baik untuk hidupkan?

Sebelum apa apa, baik tuan tuan test dulu semua peralatan di atas, sebelum pasang pada rc tuan tuan. Bukan apa senang nak pastikan alatan yang dibeli adalah dalam keadaan berfungsi. Sebab nanti kalau dah pasang, sudah pula nak buka balik kalau ada yang tak berfungsi. Untuk ArduAsia memang kami check dahulu satu persatu produk yang kami jual. InsyaALLAH jangan risau. 

So, on remote dulu, ni wajib. Korang mesti on remote dulu. Cari butang on pada remote.

Lepas tu, baru on suis di esc tadi. Rujuk gambarajah 6. Esc akan menyala warna merah dan berkelip pada led kecil di situ. 

Sekarang, ambik remote, dan dengan perlahan, korang tarik picu pada remote tu, dan sepatutnya pada waktu ni, enjin dah berjalan dalam satu hala. Sekarang tuan tuan tolak picu tu, sepatutnya enjin akan berjalan pada arah yang berlainan. Harap semua faham ye, ini untuk bahagian throttle. Tuan tuan jangan pelik pulak kenapa esc ni ada bunyi, sebab memang dia ada bunyi tau.

Sekarang tuan tuan nampak ada pemulas pada remote tu, bentuk macam tayar, sekarang tuan tuan pulas stereng tu. Servo akan berpusing satu hala. Tengok betul betul apa yang berpusing pada servo tu. Sekarang tuan tuan pusing arah yang berlainan dan tengok servo tu pusing arah yang berlainan.

So boleh tarik throttle dan pulas stereng tu untuk biasakan diri dengan setting ni.

Kalau nak tutup camne pulak? Mesti biasakan macamni ya, berlawanan dengan proses tadi, matikan suis pada esc dahulu, kemudian baru matikan remote. Tapi kenapa? Sebab kalau kita matikan remote dahulu, kita takut rc kita tiada apa yang mengawalnya, makanya ianya boleh berfungsi tanpa kawalan. 

Selamat dan selesai. Pada kali ini sepatutnya Motor dan Servo tuan tuan dapat hidup dengan sempurna.

Untuk GX Truckers, boleh la gantikan papan elektronik standard tu. Potong semua wayar berkenaan yang menyambungkan antara papan elektronik dengan wayar lampu dan wayar motor. Buat sambungan yang betul seperti di gambarajah 1 dan pasang servo supaya ianya boleh kawal steering tayar hadapan. Buat perlahan lahan dan layan hobi. Kalau ada masalah boleh join in group whatsapp GX Truck atau wasap saya.

Sekian tutorial untuk semua berkenaan sambungan asas untuk RC.

Boleh berhubung dengan email untuk wassap 0194791185 (zihad) kalau tak faham atau ada penambahan yang patut dan perlu.




No comments:

Post a Comment